Dunia

Dunia ? 

Dah berabuk dah blog ni since last update time bulan May . Dunia College yg hanya sementara Allah cuba beri aku rasa dah pun berlalu almost 2 months . Same goes to Hari Raya . Nampak macam masa berlalu dengan pantas sekali , dalam sekelip mata apa - apa boleh jadi . Penuh ujian yg Allah beri kepada Hambanya mengikut sebab - sebab yg tertentu , segalanya punya Hikmah .

"Setiap ujian itu pasti ada hikmah dari-Nya" .
Aku sentiasa diingatkan bahawa setiap ujian yg Allah beri itu sentiasa punya maksud tersendiri . 'Ujian ni menguatkan , buat kau lebih matang , lebih peka dengan sekeliling dan pastinya buat kau mengingati Maha Pencipta' 
Aku cuba . Cuba untuk menerima dan menempuh segala ujian ni dengan penuh redha-Nya . Aku cuba kawal segala yg patut walau kadang tu terkandas juga kerana aku pun manusia biasa . 

Kadang-kadang tu rasa macam dunia ni sangat menakutkan . Buat aku takut dan tidak yakin untuk bersemuka dengan makhluk-makhluk di muka bumi ni .
Pengalaman-pengalaman yg selama ini aku lalui menambahkan lagi rasa ketakutan . 

 Rasa ketidakadilan itu kadang-kadang muncul juga buat aku tewas dengan rezeki yg Allah beri kepada aku . 
Bila difikirkan kembali masyaAllah sungguh lemah iman ini . Sedang Allah itu memberi rezeki kepada hamba-hambanya dengan cara yg berbeza-beza , aku lupa itu . 

Berbicara soal ujian yg kadang itu boleh mematangkan kita , aku yakin perkara ini betul dan semestinya dapat dilalui oleh semua manusia yg berakal . Secara tidak langsung , cara kita berfikir ,bertindak dan mengendali sesuatu pastinya berbeza , Kerana pengalaman yg kita lalui daripada sesuatu ujian itu menyentuh hati kita .

Semua orang ada ujian . Tapi ujian yg dihadapi itu berbeza-beza . Tahap kesusahannya juga berbeza . Allah itu Maha mengetahui , Maha melihat lagi Maha mendengar . 
Moga setiap ujian yg hadir itu mempunyai maksud tersirat yg positif .
Moga setiap ujian itu mendekatkan kita pada-Nya.



"Just ingat, setiap kesulitan, pasti akan ada kesenangan." - Int










Comments

  1. Stay strong and put yr faith on Him, thats all matter. And hei adakah int. tu merujuk kepada aku?

    ReplyDelete
  2. InshaaAllah �� . Eh int tu buah hati Nicky ����

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts