2015 ♡

   I'm back! Yeahooo. Setelah sekian lama membawa diri. Kahkah. First of all, alhamdulillah masih diberi peluang pada hari ini utk bernafas, memperbaiki diri, melihat dunia , melihat orang2 yg disayangi. Syukur kepada Ilahi. Alhamdulillah selesai dh peperiksaan yg cukup penting pada tahun ni ,espiem (SPM) pada 30 Nov 2015 . Secara tidak langsung, berakhirlah dunia sekolah . Sobs sobs. Still tak sangka next year dah 18 Teen. Oh my Allah. Rasa macam baby je lagi. Haha baby tua.

   Okay tahun ni tahun yg dapat membuktikan kepada aku bahawa kehidupan ini ibarat aku belayar dari Australia ke Malaysia. Hahaha merapu. Setiap tempat yg aku berhenti memberi kelainan masing2. Hidup, perlukan perjalanan. Perjalanan perlukan ketabahan. Ketabahan memerlukan kau, aku, kita dan semua. Ececeheceh.
Apa yg aku nk sampaikan is setiap pertemuan itu pasti ada perpisahan. Dan setiap pertemuan yg Allah rancang itu punya keistimewaan tersediri. Tak semua yg kita dapat akan kekal menjadi milik kita sehingga mana yg kita mahu. Sbb, semua tu bukan milik kita. 

   Siapa tak sedih tinggalkan sekolah, guru2, classmates, bestfriend yg selalu ada dengan kita. Bohonglah kalau ckp tak sedih. Cuma tak tunjuk lah depan orang. Acah2 kuat, kental, sado haha. Tapi bila keseorangan, ah amik kau. Allah je penyaksi segalanya.
5Science and Pn Hasimah Binti Yassim (Guru Biologi)



  Lepas ni, semua belayar ke destinasi yg berbeza - beza. Lepas ni, semua rindu dengan lawak jenaka ,lagat dan suasana time dalam kelas dan sbgnya. Rindu gelak tawa, sedih, duka, gembira, bahagia, manis pahit, tawar haha semua ada. Rindu dengan lawak jenaka cikgu2 //terutama cg bio <3 // . Bebel cikgu, pujian cikgu, senyuman cikgu haha dan macam2 lagi.

   Lepas ni, aku dapat juga lihat mana kawan mana sahabat haha. Yg mana time sekolah acah2 kata nk stay sampai bila - bila .Yg mana depan macam malaikat , belakang pijak semut pun tak mati. Yg mana kata nk tambahkan sawit moment tu haha semualah. Moga hubungan yg dibina tu kekal hingga jannah . Ameen .

     Okay lastly, aku doakan semua rakan2 ,sahabat, semua kenalan moga terus berjaya di dunia dan akhirat, inshaAllah. Jangan pernah melupakan saat2 indah yg Allah hadiahkan. Simpan dgn penuh erat. Harap nnt time buat reunion semua ada. 🎆

Comments

Popular Posts