Saturday [[LOVE]]

Cinta dan Iman 

Apabila kita memperoleh fokus terhadap kedua-dua perkara ini, kita berasa manisnys pula kehidupan.
Dan setelah kesedaran kita terbuka di sebalik punca cinta dan iman, kita juga mengenali Tuhan, Ya Rabb.

Allah sahaja yang memegang sepenuhnya akan kedua-dua perkara ini , Dia yang berkuasa memelihara atau mengubahnya dengan kehendakNya.
Manusia hanya mampu membentuk 2 perkara ini ,  tapi hasil akhirnya semuanya bergantung kepadaNya.

Cinta itu tidak relevan?
Cinta itu haram, wajib, harus, sunat atau makruh?
- Bagaimana kita bertindak balas dengan perasaan ini yang menentukannya . 

Tindakan, fikiran dan hati menjadi tali ukur.

Cinta itu anugerah jua dugaan buat manusia.
Namun, sedarlah Jikalau kita perbaiki dan menghayati cinta terhadap Maha Pencipta, cinta terhadap manusia tersedia di kembara kita mendekatiNya. Sesungguhnya Dia yang Maha Berkuasa dan Maha Memiliki akan perasaan kita.

Wallahualam , Allah jua Yang Maha Bijaksana lagi Maha Mengetahui sesuatu perkara.

Azhar Abd Halim .


Hamba lalai ,
Hamba hina ,
Hamba yg penuh dosa .

Comments

Popular Posts