Bicara hati

Bila kenangkan kembali memori lama , boleh banjir juga rumah .

Ada yg manis ada yg pahit semua cukup rasa .-. Masa bergerak seperti biasa . Masa juga dapat mengubahkan segalanya atas kehendak Allah. 

Dalam kehidupan perpisahan dan pertemuan adalah satu perkara wajib yg akan manusia lalui . Setiap orang akan merasainya . Ada sebab kenapa Allah takdirkan sebegitu. Jangan salahkan takdir Allah , tetapi percayalah takdir Allah itu memberi kebaikan . Allah takdirkan perpisahan kerana 'Dia' mahu gantikan dengan yg lebih baik . Redha itu perlu bagi meneruskan kehidupan . Banyak lagi ujian dan cabaran yg perlu diharungi.

Memang redha itu susah , kerana redha itu perlukan masa . Tetapi usaha itu perlu , perlu cuba untuk redha . Jangan hanya berkata - kata tetapi tiada usaha . Allah akan bantu hambanya yang berusaha. Yakin dengan Allah. 

Setiap ujian yang Allah beri tu bersebab. Semua ujian itu tanda 'dia' sayang akan hambanya , tanda 'dia' rindukan suara hambanya . 

Kuat dan sabar  itu adalah senjata yang sangat membantu . Teruskan mencari keredhaan - Nya . Teruskan mencuba mencari cinta sejati -Nya . Teruskan teruskan keep going . 

Bila ada suara - suara sumbang mengkritik , pekakkan telinga dan teruskan . Be yourself , ignore them . Don't show off your weaknest in front of them . Allah itu sentiasa berpihak pada hambanya yang berada pada laluan keredhaan -Nya. 

Keredhaan Allah itu terletak pada keredhaan ibu bapa . Jika ibu bapa redha dengan apa yang kita lakukan maka Allah juga pasti memberikan 'green light' . 

Jangan lemah dengan sindiran orang yang hanya tahu mengkritik dan perasan sempurna , suci dan murni. Tetapi buktikan kepada mereka semua yang kita boleh lakukan .







Hamba lalai ,
Hamba hina ,
Hamba yang penuh dosa  .

Comments

Popular Posts