Kisah disebalik "Sekejap ada, sekejap hilang macam ghost" xD

'Sekejap ada, sekejap hilang macam hantu'. Inilah gelaran yang selalu diberikan orang untuk aku :3. Ya memang sudah lama aku tak update blog ni , dah berabuk. Mana taknya, aku ni masih tak berapa mahir dalam bahagian ni. Budak baru belajar katakan ( haha barulah sangat , dah bertahun ada tapi tak active lepastu lupa :3) Bak kata Dr. Anwar "No one is perfect and neither are you". 



_____________________________________________________________________________

Dalam masa menghilang tulah aku cuba untuk kenal siapa diri aku. Aku cuba perbaiki yang mana kurang dengan mengikut kemampuan aku untuk mengubahkannya. Banyak yang aku pelajari di bumi yang hanya sementara ini. Banyak juga yang aku jumpa orang pelbagai perangai dan tingkah laku. Ada yang baik dan biasalah ada yang kurang baik."Allah jadikan manusia ini berpelengkap antara satu sama lain" Kawan.


Betul kata orang, kalau nak berubah ke arah yang lebih baik memang susah, kalau nak teruskan jadi kurang baik memang senang. Sama macam iman, time nak jatuh senang sangat cuba time nak naik tu, Ya Allah , Allah je yang tahu. Iman ni macam battery handphone cepat abis ,tapi bila nak penuh tu kemain lambat makan masa.


Bila cakap pasal nafsu, Ya memang tak dinafikan nafsu memang susah nak jaga atau kawal. "Kalau nak lawan nafsu dengan kata-kata ibarat pergi berperang tanpa pedang. Tanpa usaha atau tindakan lain. Nak lawan nafsu kena dengan Iman dan keazaman yang tinggi . Kalau setakat berkata-kata semua orang boleh." Hamba Allah. Jadi aku pun cubalah ikut apa yang orang-orang disekeliling aku cakap , tapi masih dalam percubahan . Benda yang aku takut semasa percubaan ini ialah Iman ni jatuh tak naik-naik dan bukan ke arah yang lebih  baik tetapi ke arah yang lebih teruk (Moga dijauhkan dan dilindungi Allah, Amin). 
_________________________________________________________________________________

"Berkongsi bab agama bukan makna ilmu agama dia tu dah tinggi. Cumanya dia cuba sampaikan apa yg dia tahu sbg peringatan buat diri sendiri"


Di akhiri penulisan ini dengan serangkap kata-kata yang bermakna,

Kesedihan & kebahagiaan adalah kiriman dari Allah yg disampaikan dalam cara yang berbeza. kerana hidup ini tak semudah yang kita janjikan. 








Manusia biasa,

Comments

Popular Posts